Muka Surat

PANGSAPURI SRI KEMUNING

PANGSAPURI SRI KEMUNING

Wednesday, April 28, 2010

Aduan 1 - Lebah

Pangsapuri Sri Kemuning - 03 April 2010










Mendapati ada sarang lebah berada diatas pokok diantara blok 4 dan surau, ini kerana boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk Pangsapuri Sri Kemuning serta bimbang ia akan menyerang kanak-kanak yang bermain dibawah pokok tersebut.











Tindakan

Pihak Pengurusan telah mengambil tindakan menghubungi pihak Bomba supaya dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera dan pihak Bomba telah tiba pada jam 8.00 malam tersebut.












Pihak Bomba telah menggunakan kaedah Api bagi membakar sarang lebah serta menghalau lebah-lebah tersebut dan dilakukan pada waktu malam supaya lebah-lebah tersebut tidak dapat menyerang penduduk disitu ketika pihak Bomba melakukan kerja-kerja menghalau lebah tersebut, kerja-kerja telah dilaksanakan dengan jayanya, tiada kecederaan dilaporkan. Pihak Pengurusan dan Penduduk Pangsapuri Sri Kemuning mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anggota Bomba yang telah bertungkus lumus menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk disini.

Sunday, April 25, 2010

Tak bayar yuran punca tidak senggara

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Bagaimana penyenggaraan hendak dilakukan dengan sempurna dan mengikut jadual sekiranya hanya 20 peratus penduduk sahaja yang membayar caj bulanan.

Itulah yang dipersoalkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kepada penghuni Apartmen Sri Pulai, Puchong Hartamas yang mengadu apartmen itu tidak disenggara oleh pemaju.

MPSJ dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, masalah yang dihadapi penduduk di kawasan perumahan itu adalah kerana tiada pihak yang menguruskan apartmen sejak 1 September tahun lepas.

"Masalah itu menyebabkan sampah tidak dikutip selain tunggakan bil air dan elektrik sudah mencecah RM23,292.26 dan perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh 13 Januari lalu," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu adalah jawapan kepada laporan Utusan Malaysia yang menyiarkan kesengsaraan penduduk Apartmen Sri Pulai yang sudah lebih enam bulan menderita akibat pemaju yang menguruskan pangsapuri itu 'melarikan diri'.

Penduduk juga dikatakan ditinggalkan pemaju dalam keadaan serba daif tanpa bekalan air dan tiada penyenggaraan sistem kumbahan sejak setengah tahun lalu.

Kenyataan itu menjelaskan, pemaju apartmen itu, Five Star Development (Puchong) Sdn. Bhd. telah mengeluarkan notis penyerahan pengurusan bangunan kepada badan pengurusan bersama (JMB) Apartmen Sri Pulai pada 12 Jun dan 1 Ogos tahun lalu.

Justeru, pemaju terbabit telah menghentikan tindakan menguruskan bangunan itu pada 31 Ogos tahun lepas.

Bagi membantu penduduk, pihak MPSJ telah membuat lawatan tapak pada 23 Disember dan membantu membersihkan kawasan tersebut termasuk memotong rumput.

Jelas kenyataan itu lagi, pihak MPSJ juga sudah mengadakan mesyuarat pada 29 Disember tahun lepas dan mesyuarat kedua pada 17 Januari lepas bersama penduduk

"Selain itu, MPSJ dimaklumkan yang pemaju akan membantu JMB untuk mengambil alih pengurusan serta kerja-kerja pengurusan bangunan.

"Yang Dipertua MPSJ juga sudah meminta pemaju membaiki dewan selain merobohkan pondok haram yang didirikan di luar kawasan apartmen bagi memudahkan JMB menguruskan kawasan itu kelak," ujar kenyataan itu.

Friday, April 23, 2010

Tukar meter Migrasi

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my
2010/04/22


SHAH ALAM: Penghuni pangsapuri atau strata di Selangor kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan negeri bersetuju memberikan 20 meter padu air percuma kepada perumahan bertingkat yang menggunakan meter air pukal.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad, berkata bagaimanapun kerajaan negeri meminta penduduk pangsapuri atau strata yang lain melakukan migrasi ke meter individu sebelum mereka boleh menikmati skim air percuma itu.


Menurutnya, bagi memastikan warga Selangor terutama yang berpendapatan rendah menikmati skim air percuma sebelum migrasi dapat dilakukan, kerajaan negeri akan mengeluarkan kupon yang bersamaan dengan nilai 20 meter air padu.


“Kupon ini akan diedarkan menerusi pesuruhjaya bangunan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada penduduk menerusi pemaju, ejen pengurusan, Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC).


“Skim ini akan dilaksanakan di beberapa kawasan perintis terlebih dulu mulai Jun ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, di sini, semalam.


Sehingga kini, terdapat 620 pembangunan pangsapuri kos rendah yang belum melakukan migrasi merangkumi 168,479 unit kediaman.


Iskandar berkata, kos pemberian air percuma kepada pangsapuri itu dianggarkan berjumlah RM24,422,715.84.


Katanya, bagaimanapun penyelesaian jangka panjang migrasi kepada meter individu mestilah dilakukan segera, sekali gus dapat memberi manfaat kepada warga Selangor.


Sementara itu, dalam kes berasingan, Iskandar berkata, masalah sijil layak menduduki (CF) membabitkan pemilik di lima pembangunan di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa selesai selepas kerajaan negeri bersetuju membuat satu kaedah untuk menyelesaikan masalah itu yang berlarutan sejak 2002.

Katanya, sebelum ini, pembangunan di situ hanya dikeluarkan sijil layak menduduki sementara (TCF) kerana terdapat jalan yang tidak lagi dibina dengan sepenuhnya oleh pemaju.


“Hari ini (semalam) kerajaan negeri setuju untuk melengkapkan pembinaan jalan itu dan kosnya akan dicaj kepada pemaju atau kumpulan syarikat pemaju terbabit.


“Oleh itu, sijil layak menduduki boleh dikeluarkan secepat mungkin untuk 1,521 unit kediaman terbabit,” katanya menambah majlis penyerahan itu akan dilaksanakan Khalid pada hari ini jam 8 malam di Jalan Widuri, Seksyen BB 18, Bukit Beruntung

Kemas kini aspek urus bangunan

Oleh Magendran Rajagopal

magendran@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah mengenal pasti kelemahan serta kekurangan Akta Bangunan dan Hartanah Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007, yang sedang dikemas kini bagi meningkatkan keberkesanannya.

Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata pendekatan itu bertujuan memberi perlindungan lebih baik kepada hak dan kepentingan pemilik rumah pangsa, apartmen, kondominium serta rumah bandar selain kompleks beli-belah dan apartmen servis.

"Proses menambah baik akta terbabit merangkumi semua hartanah yang mempunyai hak milik strata, termasuk pembinaan atas tapak komersial.

"Kita mahu pastikan semua aspek berkaitan seperti penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Jawatankuasa Pengurusan (MC) dan penguatkuasaan akta itu oleh Pesuruhjaya Bangunan (COB) dapat menangani segala permasalahan yang dibangkitkan pemilik selama ini.

"Ini termasuk pengwujudan garis panduan, peraturan, mengadakan program latihan untuk pemaju, syarikat pengurusan dan COB selain menyediakan khidmat nasihat kepada pemilik serta menangani aduan mereka," katanya ketika dihubungi semalam.

Antara isu yang diberi keutamaan ialah mempercepatkan pengeluaran geran hak milik strata kepada pemilik untuk membolehkan mereka menubuhkan JMB bagi menguruskan sendiri kawasan guna sama di kediaman masing-masing.

Sebelum hak milik strata dikeluarkan, sesuatu hartanah itu diuruskan oleh JMB yang dianggotai wakil pemaju dan pembeli. Selepas hak milik strata dikeluarkan, JMB digantikan dengan MC dan pemaju tidak lagi campur tangan dalam aspek pengurusan bangunan.

COB, yang dilantik kerajaan negeri, bertanggungjawab melaksanakan undang-undang berkenaan bagi menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin berlaku dalam tempoh apabila kunci kediaman diserah kepada pembeli sehingga geran hak milik strata dikeluarkan.

Kata Kong, kementeriannya juga mahu melakukan beberapa pindaan tahun depan bagi mewujudkan garis panduan atau peraturan baru untuk memastikan pemilik hartanah lebih peka mengenai hak mereka dan mengambil tahu peranan mereka dalam pengurusan kawasan guna sama.

"Kementerian ini akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, yang bertanggungjawab melaksana Akta Hak Milik Strata 1985, bagi mengemas kini aspek pengurusan bangunan dan hartanah guna sama selain pengeluaran geran hak milik strata.

Sumber : Berita Harian 23 Disember 2009

Pekeliling Bahagian Pengurusan JMB 2010

Kepada :
Pemilik / Penyewa yang dihormati

Pelekat Kenderaan


Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman penduduk Pangsapuri Sri Kemuning, pelekat kenderaan 2010 (warna kuning) akan berkuatkuasa mulai 1hb APRIL 2010. Penduduk Pangsapuri Sri Kemuning yang tidak mempunyai pelekat atau masih belum memperbaharui pelekat kenderaan, anda boleh berurusan di Pejabat Pengurusan yang ber alamat 4-1-20 (blok 4) dengan kadar segera.

3. Untuk memperbaharui pelekat kenderaan yang baru, anda hanya perlu membawa pelekat kenderaan yang lama (warna biru) dan mengisi borang yang telah disediakan. Sekiranya pelekat tersebut hilang, pemilik akan dikenakan denda sebanyak RM50.00 bagi mendapatkan pelekat kenderaan yang baru.

4. Dimaklumkan bahawa tindakan mengunci tayar kenderaan (clamping) dengan tanpa memberi sebarang notis dikenakan kepada kenderaan yang langsung tidak mempunyai pelekat tahun 2010. Ianya adalah berkuatkuasa serta merta. Kompaun RM50.00 akan dikenakan bagi membuka semula Clamping tersebut.

5. Diingatkan juga kerja-kerja membuka semula clamping hanya akan dilakukan pada waktu pejabat sahaja. Pelawat juga diminta melaporkan diri di pos kawalan. Diminta kepada semua penduduk Pangsapuri Sri Kemuning dan pemilik kenderaan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak pengurusan JMB.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

BADAN PENGURUSAN BERSAMA PANGSAPURI SRI KEMUNING
MOHD NAZIM B MD KASIM
Pengerusi JMB

Pengambilalihan Pengurusan Dan Penyelenggaraan Bagi Pangsapuri Sri Kemuning Kepada Cantuman Usaha (M) Sdn Bhd

Dimaklumkan bahawa pengurusan dan penyelenggaraan Pangsapuri Sri Kemuning telah diambil alih oleh Cantuman Usaha (M) Sdn Bhd yang berkuatkuasa pada tarikh 1hb Mac 2010. Oleh itu segala urusan pembayaran penyelenggaraan dan lain-lain hal yang berkaitan, hendaklah disalurkan kepada Cantuman Usaha serta merta mulai tarikh tersebut. Kepada para penghuni yang telah membuat bayaran melalui Perkhidmatan Auto Debit kepada HGD Property Services adalah diingatkan supaya membatalkan perkhidmatan tersebut.

Handling Over Of Maintenance & Management For Pangsapuri Sri Kemuning To Cantuman Usaha (M) Sdn Bhd.

We refer to the above and wish to inform all residents that the maintenance and management of Pangsapuri Sri Kemuning has been handed over to Cantuman Usaha (M) Sdn Bhd with effect from 1st March 2010. Residents are required to direct payment for maintenance charges and any other related payments for Pangsapuri Sri Kemuning to them with immediate effect. Residents who have signed up for credit card auto debit facility with HGD Property are reminded to cancel them

Sebarang Pertanyaan, sila hubungi nombor yang tertera dibawah ini:

HGD Property Services Sdn Bhd : 03-5122 8100
(Perkhidmatan Pelanggan)

En. Zamri Omar : 019-274 4434 (Hp) / 03-9283 9309 (Pejabat)
Cantuman Usaha (M) Sdn Bhd